Wednesday, March 22, 2006

Putus hubungan..

Hmm... sebenarnya niat di hati nak cerita pasal lain hari ni.. Tapi ....
6.00 am ++
Terjaga dari tidur... jaga kul 6 lagi. Sebab dapat msg berbunyi: " Awak, dah bangun ke?". Sape ek, bagi sms tu? Ntah, aku pun tak sure sbb mamai.. Tapi bleh plak aku reply, "Dah jaga tapi blm bangun".. sambung tidurr.. Dpt lagi SMS. "Bangunlah, nanti lambat plak nak keje.." Kerana tertekan dgn bunyi sms yg bertalu2, aku pun bangun tanpa melihat sape yg bagi sms tu. Terus bangun. Time tu dah kul 6.32 am. Tetiba teringat pasal hal rumah kat Tg Malim. Terus sms En M mintak tlg dia pasal lawyer.

7.00 am (lebih kurang)
Dah siap. Memula ingat nak pakai kebaya ijau, pikir2 dah lambat & malas nak iron, tukar baju lain yg tak payah iron. So, pantas la skett.. and aku nampak handfon atas katil dan aku segera ambik & masukkan dlm beg.

7 lebih
Kat stesyen komuter. Ari ni tak selambat semalam. Pikir2 "ari ni berapa hb, ek?" Segera teringat 22hb.. mmm, besday A. Segera kuraba beg doraemonku mencari handphone. Langsung tak de. Herann!! Bukan ke dah amik atas katil tadii.. Aku yg langsung tak ingat no fon A, terpaksalah membatalkan niat suci murniku nak wish dia. A, andainya kau terbaca blog ni, "Happy Birthday to you.." Dah la lama aku tunggu nak wish besday si A ni, takut terlepass... nasib lah yer...


8 lebih
sampai ofis. dah la hari ni banyak bende yg memerlukan handfon. Rasa susah jugak and agak marah dgn kecuaian diri sendiri. Agaknya tadi aku still dlm mimpi, rasa mcm dah amik handfon padahal bende tu still atas katil. Terus SMS* org2 yg penting dlm hidup aku & of course org2 yg aku ingat no fon nyerr.. Ada 4 org jer la tadi: (Boss, x, y & z). Si z tu aku tak ingat no fon nyer tapi sebab aku dah berjanji sesuatu dgnnya, i have to find jugak la.. So, aku bukak lah sistem Celcom, nasib baik dulu aku yg registerkan line dia, so boleh la track lagi.. Disebabka malas nak iron baju tadi, kesudahannya ari ni aku pakai baju sebijik kaler & tema with Kak Az, so habih la depa kate unit aku ade uniform..
** aku SMS guna FOCUS (sistem yg disediakan oleh company utk memudahkan kerja2 staff nyer)

9 lebih dan stereusnya
Call rumah nak check mmg handfon tinggal kat rumah ke... Memang ye, rupanya.. sempat jugak la aku menerima leteran ibu sbb kecuaian aku ni..Ntahla, kdg2 aku pun rasa marah dgn diri sendiri - kecuaian yg selalu menyusahkann.. Boss plak semua takde, kebetulan semua urgent leave.. so, agak rileks la... tak de keje which is equal to BOSAN!!! Ape lagi, buat la kije sendiri... mengupload gamba and macam2 la bende2 lagha yg lainn...

6 lebihh..
Org semua dah balik.. aku kejap lagi nak balikk.. banyak sgt mendapat gangguan hari ni, bosann... dan aku sedang berfikir.. siapakah agaknya penghantar sms yg gigih mengejut aku pagi tadi & dah tentunya berapa banyak sms & miss call yg ada dlm fon aku.. Dan yg tak best sekali, mcm mana aku nak bagitau ayah aku suh jemput aku bila dah sampai nanti.. :(

Ok lah, aku blah dulu.. sebenarnya dari semalam ada satu perasaan yg tak terungkap dlm hati aku... Sedikit sebanyak adalah kerana email itu.. Biarlah, hanya Dia yg Maha Mengetahuiiii ................ Semoga Kau berikan aku petunjuk, wahai Allah..Amiinnn


2 Comments:

At 8:05 AM, Blogger Hassilah Salleh said...

Macam ade cerita tak best yang mahu disampaikan sebenarnya. Tapi tak terluah, atau tak relevan untuk diluahkan kepada semua orang.. Boleh terima tak??

 
At 12:21 AM, Blogger einze said...

Boleh terima, silahh.. :)

 

Post a Comment

<< Home