Bencii....
Benci.. bencii... benci...
Benci bila diberi harapan palsu...
Dah la tu, senyap jer... :(
Weekend lepas aku berpeluang ke rumah sorang member rapat ayah aku.Pak Cik Jamal namanya. (Umur dlm linkungan awal 40-an kut. Tak la tua sangat tp sbb member ayah, aku panggil la dia Pak Cik). Ada sesuatu yg menarik perhatianku bila berada di rumahnya.
7.30 am (dlm komuter Kuang - KL Sentral)
Nak je aku jerit kat pompuan2 di luar sana: "Eh, jgn amik laki ni jadi boyfren, tak gentleman langsung!!" and kalau diorang ni memang laki org plak, nak je aku jerit:"wahai isteri2 sekalian, ketahuilah bahawa kamu sungguh malang mempunyai suami sebegini!!"
Ni satu senario yg aku pernah lihat & nak share dgn sesape yg baca blog ni.
Satu hari sewaktu pulang dari ofis...Aku terlihat seorang awek Cina lebih kurang baya aku (20-an la) duduk sebelah mamat Cina jugak tapi dah tua. Aku rasa tu ayah dia. Sungguh mesra lah diorang berdua ni.. Memula aku kagum melihat kemesraan ayah & anak ni, walaupun anak dah besar ayah still sayang-sayang dia. Tapi lama2 aku jadi heran, ade ke ayah & anak yg manja mcm tu sekali. Aku heran sebab si "ayah" tadi peluk "anak"nya tu.. sambil kiss pipi & telinga "anak"nya tu..Kemusykilan aku jelas terjawab bila si "ayah" tadi turun di Sg Buloh tapi anaknya tak turun. Aku rasa "anak" nya tu turun kat Rawang sbb masa aku turun, dia still ada lagi.
Esok paginya aku perasan lagi.. Waktu aku baru naik tren, aku nampak si "anak" semlm duduk kat seat depan sorang2.. Dia sengaja meninggalkan seat kosong sebelah dia. Bila tren berhenti di Sg Buloh, aku nampak si"ayah" semalam masuk cepat2 ke dlm tren and terus ke tempat si"anak" & duduk di seat yg kosong tu. Dia mcm dah tau location "anak"nye itu. Dan berlakulah adegan2 daring seperti semalam..
Lusanya or beberapa hari lepas tu plakk.. Aku bergegas masuk ke dlm tren pagi tu. Dah tak pandang apa2, nampak seat kosong terus duduk jer.. Kat situ ade satu je seat kosong..Dah berapa lama aku duduk baru aku tergerak hati nak pandang keliling.. Rupanya aku terduduk sebelah si "anak" tu and sahlah seat tu sebenarnya di reserve utk "ayah" nyer.. Sure awek tu menyumpah2 aku dlm hati dia.. Aku buat bodo jer, lagipun dah tak de seat lain utk aku duduk..
Sampaila kat Sg Buloh, dgn muka kecewa si "ayah" terpaksa lah berdiri depan aku. Aku buat tak tau jer... hahah, jahat kan, aku?? "Ayah" menyerahkan beg & parcel yg dipegangnya kpd si "anak". Kali ni diorang tak dpt buat aksi daring sebab dihalang oleh aku.. Diorang just berborak2 je dlm bahasa yg tak kufahami (cakap cina). Tetiba sampai kat satu stesyen ni, ada 2 seat kosong depan aku.. Sepantas kilat si "anak" bangun and duduk di situ bersama "ayah"nyer..Nampak sangat dia tak suka duk sebelah aku!!Kat situ terus si"anak" landing atas bahu "ayah"nyer sambil tido dan berlakulah aksi2 daring lagii...
Ntahla, macam2 gelagat org ni.. Tak kuasa aku nak fikirkan.. Tapi aku rasa misti si "ayah" tu ada family sendiri... Wallahua'lam...
* route perjalanan Komuter: Rawang - Kuang - Sg Buloh - Kepong - Segambut - Putra - Bank Negara - KL - KL sentral
Dear Blog,