Friday, April 21, 2006

Bencii....

Benci.. bencii... benci...
Benci bila diberi harapan palsu...
Dah la tu, senyap jer... :(

Wednesday, April 12, 2006

Lebih dari satu..

Weekend lepas aku berpeluang ke rumah sorang member rapat ayah aku.Pak Cik Jamal namanya. (Umur dlm linkungan awal 40-an kut. Tak la tua sangat tp sbb member ayah, aku panggil la dia Pak Cik). Ada sesuatu yg menarik perhatianku bila berada di rumahnya.

Pak Cik Jamal ada 2 isteri. Isteri pertama (Mak Cik Wati) and yg kedua (Mak Cik Ros). Ni kalau kak ofis sure aku panggil derang "kakak" jer.. Tak la tua sangat.. Mak Cik Wati ada 6 anak & Mak Cik Ros ada 5 anak. So, in total semua sekali anak Pak Cik Jamal ada 11 org.

Yang menarik perhatianku adalah keupayaan Pak Cik Jamal mewujudkan suasana harmoni dan kedamaian dlm keluarganya walaupun isteri2nya bermadu. Kedua-dua isterinya serta kesemua anaknya tinggal serumah dan saling menghormati antara satu sama lain. Mak Cik Ros panggil Mak Cik Wati "kakak".. serius mcm adik beradik rapatnya & mesra betul aku tengok!! Begitu jugak dgn anak2 diorang, masing2 menghormati ibu kandung & ibu tiri mereka.. Mak Cik Wati dipanggil "Mak" manakala Mak Cik Ros pulak dipanggil "Ibu".

Dan kedua-dua isteri Pak Cik Jamal ni pun sayangkan & layan anak tiri sama mcm anak kandung sendiri, tak berkira langsung. Aku ingat lagi wajah Mak Cik Ros yg penat gile baru balik dari ambik Sal (anak Mak Cik Wati yg sulung) yg belajar kat Sabak Bernam. Dgn mcm2 insiden yg berlaku dlm perjalanannya, dia pergi jugak.. Jarang nak jumpa kasih sayang anak& ibu tiri yg mcm ni.. Aku kagum sungguh :)

Kalau diperhatikan background kedua2 wife Pak Cik Jamal ni, yg second (Mak Cik Ros) lebih independent and educated. Boleh drive sendiri, bekerja & aktif dlm kegiatan masyarakat. Yg first plak (Mak Cik Wati) housewife je tapi sgt mahir dlm kerja2 spt memasak, menjahit etc.. Maybe better drpd 2nd wife. Kedua2nya ada kelebihan tersendiri. Yg menambahkan lagi kekaguman aku ialah... Kedua2 diorang ni tak pernah ambil kesempatan atas kelebihan & kekurangan masing2 tapi menggunakan kelebihan yg dimiliki masing2 utk melengkapi kekurangan yg ada tanpa sebarang rasa iri hati.. Mungkin inilah kunci kebahagiaan keluarga diorang.. Serius, aku kagum!! :)

Aku tetap percaya yg Pak Cik Jamal lah tulang belakang di sebalik semua ni, walaupun aku tak tahu apa rahsianya.. Dan aku rasa bukan mudah juga nak buat semua tu.. Tapi itulah senario yg telah kulihat & rasa sendiri di rumah Pak Cik Jamal.. Sederhana tapi penuh ketenangan.. Hakikatnya, lelaki memang dilahirkan utk menjadi pemimpin & diorang tak boleh lari drpd tanggungjawab tu..

Mungkin benda ni boleh dijadikan renungan utk semua.. Manalah tau kita ditakdirkan utk menjadi seperti Pak Cik Jamal, Mak Cik Wati atau Mak Cik Ros. Memang la kalau boleh tak nak (dan bukan senang jugak utk menghadapinya), tapi kita tak pernah dan tak mungkin akan tahu apa yg dah disuratkan utk kiter..

Friday, April 07, 2006

Anak, Ayah & TreN...

7.30 am (dlm komuter Kuang - KL Sentral)
Hari ni aku agak awal dr biaser. Sbb smlm dah tak dtg ofis, tak berapa sehat. Yg tak bestnye bila gi keje awal ni, tren penuh.. Sepanjang perjalanan aku kena berdiri je tadi, adela dlm 40 minit. Kdg2 itula penyebab aku gi ofis lewat skett.. Tren tak berapa penuh.. Boleh la tido.. :)

Seb baik aku bawak magazine kegemaran "NUR" yg aku beli drpd boss ku Pn S (Nanti aku cerita psl mcm mana aku beli from her dlm entry yg lain). Aku pun belek2 la sambil berdiri. Tak lah bosan sangat. Tapi aku ter"stop"membaca bila aku terbaca tentang sesuatu yg membuat aku tersentak.. Tak payah la aku cerita kat sini rasanya...

Dan dlm perjalanan ke ofis, pelbagai telatah manusia aku dpt tgk..Aku jadi hangin bila melihat situasi begini berlaku dlm tren (baik komuter mahupun LRT):
  1. Lelaki yg sebok berebut ngan perempuan bila nak masuk dlm tren.
  2. Lelaki yg dapat duduk tapi buat dek je bila ade perempuan berdiri depan dia. Kalau mcm aku tak pe la lagi, ni kdg2 kesian makcik2 or kakak2 yg pregnant..
  3. Lelaki yg sebok berebut nak naik lif jugak, walaupun lif tu dah penuh and sumer dlm tu perempuan
  4. Org yg terhegeh2 masuk dlm LRT lepas tu, dah masuk tak reti nak ke dalam. Duk je depan pintu padahal banyak lagi ruang. Yg jadi mangsa, next person terkepit dek pintu LRT yg tak de sensor tuh.. Aku pun pernah kena!!
  5. Lelaki yg suka mengambil kesempatan pada perempuan bila tren penuh!! Aku pun pernah kena jugak.. !! :(
  6. Orang yg beriye dgr lagu guna earphone, tapi satu tren bleh dgr lagu yg dia pasang!! dah la lagu tak best.. Aku dah bleh recognise mamat tu klau jumpa dia lagi..
  7. Ade lagi.. tapi tak ingat skg..

Nak je aku jerit kat pompuan2 di luar sana: "Eh, jgn amik laki ni jadi boyfren, tak gentleman langsung!!" and kalau diorang ni memang laki org plak, nak je aku jerit:"wahai isteri2 sekalian, ketahuilah bahawa kamu sungguh malang mempunyai suami sebegini!!"

Ni satu senario yg aku pernah lihat & nak share dgn sesape yg baca blog ni.

Satu hari sewaktu pulang dari ofis...Aku terlihat seorang awek Cina lebih kurang baya aku (20-an la) duduk sebelah mamat Cina jugak tapi dah tua. Aku rasa tu ayah dia. Sungguh mesra lah diorang berdua ni.. Memula aku kagum melihat kemesraan ayah & anak ni, walaupun anak dah besar ayah still sayang-sayang dia. Tapi lama2 aku jadi heran, ade ke ayah & anak yg manja mcm tu sekali. Aku heran sebab si "ayah" tadi peluk "anak"nya tu.. sambil kiss pipi & telinga "anak"nya tu..Kemusykilan aku jelas terjawab bila si "ayah" tadi turun di Sg Buloh tapi anaknya tak turun. Aku rasa "anak" nya tu turun kat Rawang sbb masa aku turun, dia still ada lagi.

Esok paginya aku perasan lagi.. Waktu aku baru naik tren, aku nampak si "anak" semlm duduk kat seat depan sorang2.. Dia sengaja meninggalkan seat kosong sebelah dia. Bila tren berhenti di Sg Buloh, aku nampak si"ayah" semalam masuk cepat2 ke dlm tren and terus ke tempat si"anak" & duduk di seat yg kosong tu. Dia mcm dah tau location "anak"nye itu. Dan berlakulah adegan2 daring seperti semalam..

Lusanya or beberapa hari lepas tu plakk.. Aku bergegas masuk ke dlm tren pagi tu. Dah tak pandang apa2, nampak seat kosong terus duduk jer.. Kat situ ade satu je seat kosong..Dah berapa lama aku duduk baru aku tergerak hati nak pandang keliling.. Rupanya aku terduduk sebelah si "anak" tu and sahlah seat tu sebenarnya di reserve utk "ayah" nyer.. Sure awek tu menyumpah2 aku dlm hati dia.. Aku buat bodo jer, lagipun dah tak de seat lain utk aku duduk..

Sampaila kat Sg Buloh, dgn muka kecewa si "ayah" terpaksa lah berdiri depan aku. Aku buat tak tau jer... hahah, jahat kan, aku?? "Ayah" menyerahkan beg & parcel yg dipegangnya kpd si "anak". Kali ni diorang tak dpt buat aksi daring sebab dihalang oleh aku.. Diorang just berborak2 je dlm bahasa yg tak kufahami (cakap cina). Tetiba sampai kat satu stesyen ni, ada 2 seat kosong depan aku.. Sepantas kilat si "anak" bangun and duduk di situ bersama "ayah"nyer..Nampak sangat dia tak suka duk sebelah aku!!Kat situ terus si"anak" landing atas bahu "ayah"nyer sambil tido dan berlakulah aksi2 daring lagii...

Ntahla, macam2 gelagat org ni.. Tak kuasa aku nak fikirkan.. Tapi aku rasa misti si "ayah" tu ada family sendiri... Wallahua'lam...

* route perjalanan Komuter: Rawang - Kuang - Sg Buloh - Kepong - Segambut - Putra - Bank Negara - KL - KL sentral

Monday, April 03, 2006

Campur-campur Cerita..

Dear Blog,
Lama kita tak jumpa kann.. bukan tak ingat, masa tak mengizinkan.. byk plak keje nyer.. Ok, here it goes-> updates yg bercampur2 & tak ikut kronologi langsung..

2/4/06 (semalam) - makan2
Bergaduh kecil dgn ayah kerana hal yg kecil juga sebenarnya.. Dah biasa, sejak dulu lagi (kdg2 jerr).. Dan sebab itulah aku terlambat sampai ke Aumi & Amir's housewarming party. Aku la yg last sekali sampai. Rasa gumbira melihat smua yg ada: Yati, Tisha, Elis, Elin, Teri, Shima, Fatma, Ana & Wani. Cepat sungguh masa berlalu.. Teringat lagi masa zaman2 muda bergelar student, mereka ni lah pelengkap hidup aku kat kampus. Yg tolong aku masa susah & bersama aku jugak masa aku senang..Terlalu banyak kenangannya kalau nak cerita.. Skrg sumer dah dewasa (dlm erti kata lain, dah tua la..).. Hmm, sape yg akn kawen dulu, ek? :)
Sekejap sgt jumpa diorang sbb aku ada byk lagi destinasi yg perlu kutujui semalam..Sg Way-PJ-Btg Berjuntai. Akhirnya selamat gak aku sampai ke semua destinasi tanpa sesat. Terima kasih jugak to my best fren, En R yg telah menjadi cikgu jalan saya.. :)

about work - Missi Rahsia
Spanjang minggu lepas, aku tak berapa bz dgn keje official, keje unofficial tu adelah sket.. hehhe.. Tapi.. tetiba aku dipanggil oleh AGM ke biliknye. Aku diminta membantunya dgn satu kerja yg highly confidential. Yang hanya aku, dia dan GM division ku saje yg tahu. Keja yg akan menentukan ke mana hala tujunya semua staff dlm division aku selepas ni.. Hanya aku saja "rakyat biasa" yg tahu.. Dan berkali2 aku dipesan oleh boss2 ku.. "Pls keep this highly confidential. Don't let anyone know.." Susah jugakk... Yer lah, member2, kan?Byk betul perubahannya.. Terima kasih bos, kerana mempercayai aku..

makan dgn perempuan2 kurus
Lunch hour.. Kak M call ajak makan sekali. Aku pun ajk Kak N sama.Kedua2nya berumur 33 thn. Lama tak jumpa, derang berdua ni ibarat kakak lah kepada aku.. Masa kat department lama (1st posting aku kat Customer Service) derang lah tempat aku bermanja.. Belanja aku makan mahal2, belikan aku itu & ini.. Mendengar cerita aku & mengajar aku banya bende termasuklah bende yg tak patut aku tahu.. heheh.. Satu ajaran diorang yg sampai skrang aku still tak reti2 nak ikut.. : Menjadi materialistik.. Ntah, mungkin itu bukan keutamaan aku, kutt..
Satu perbezaan ketara dulu dan sekarang bila bersama diorang. Sekarang aku rasa mcm aku perempuan gemuk plak bila dgn diorang. Kak M dulu almost 80 kg, skg dah 62kg dgn ketinggian yg lebih kurang aku, mcm model la dia.. Kak N plak dulu 70++ skg dah 50++. Kak N tak berapa tinggi...


Kak N just order mushroom soup je, Kak M plak makan fried beehoon, aku plak mmg tgh lapa makan la nasik ayam.. hmm, patutla derang ni kurus skg.. semangat kuatt!! kagum.. kagum..

Antara dialog Kak M & Kak N: "Dulu kita pernah gemuk, kan? Kalau dari dulu kita jaga makan , tak yah la kita susah2 mcm ni..."Kak N plak kata kat aku:" awak ingat tak dulu akak teringin sgt nak pakai baju sommerset, size 11 pun jadik la.. tapi skg size 5 pun dah bleh pakai.. kadang2 kalau kena patent nye, size 3 pun blehh" penuh dgn riak2 gembira.. Aku mmg ingat dulu masa teman dia gi midvalley usha baju sommerset.. misti dia frust lepas tu.. Skang bukan main lagi...

Hmm, jeless.. jeless... Nak kurus jugak lah!! :)

** entry ni ditulis pada smlm 3/4/06 & di publish hari ini.. Sebenarnya terlalu byk bende yg terjadi.. Tapi aku tak de mood plak nak tulis.. So, sampai sini je lah... babai..