Tuesday, May 16, 2006

Sesuatu...

Bila kita rasa tidak memerlukan sesuatu, we tend to ignore it and tak kan appreciate kewujudannya.. Ada atau tidak ada, sama je... tak de bezanya. Mungkin bila ada tu, hanyalah sedikit kelebihan @ extra @ bonus.. tapi sebenarnya tak payah ada pun tak per.. Tapi kadang2 ada jugak ketikanya bila kita dah kehilangan sesuatu baru kita rasa keperluannya pada kita...

Itu antara senario dlm kehidupan manusia.. Dan, kalau lah korang yg jadi "sesuatu" tu, how do u feel? Sure sedih, kan?? Kalau boleh, aku pun tak nak jadi "sesuatu" tu.. "Sesuatu" yg hanya diingati apabila rasa diperlukan sahaja.. Bila keperluan dah dipenuhi, maka "sesuatu" akan dilupakan kembali. Dan begitulah seterusnya..At times, we tend to be "sesuatu" bila kita rasa kita yg memerlukan sesuatu yg satu lagi.. Bodohkah kita utk menjadi "sesuatu"?? Bodoh ke tak?

****** CIKGU ******
Hari ni 16 May. Hari yg amat bermakna pada semua pendidik2 di tanahair.. Hari ni lah meja diorang akn penuh dgn bunga, hadiah dlln..Selamat hari guru, cikgu!!

Memang besar jasa2 cikgu ni.. Bgai pihak aku sendiri, aku mmg takkan lupakan pengorbanan besar guru2 aku masa sekolah yg byk memberi kesan kpd hidup aku skrg (selain parents).. Aku sendiri pernah bergelar guru, walaupun hanya utk tempoh 3 bulan jer.. Tapi panggilan "cikgu" still lekat sampai sekarang bila aku terserempak dgn bekas anak2 muridku yg rata2nya sebaya adik aku & masih bersekolah menengah.. Sedikit malang, aku tak sempat tunggu Hari Guru.. terpaksa tinggalkan sekolah utk terima offer kerja skarang.. (kalau x, sure aku dpt byk hadiah)..

Kerjanya nampak remeh tapi bukan mudah sebenarnya.. Terlalu banyak perkara (selain drpd sekadar akademik sahaja) yg perlu dijaga.. Maka wajarlah mereka ini dihargai.. Bukan mudah utk menjadi guru yg benar2 berhati guru..

** pagi tadi sempat jugak aku wish "Selamat Hari Guru" kpd rakan2 aku yg masih bergelar guru..(Ridzuan, Faishal, Nizam, Liza, Lisa, Zamilla, Sakinah, Hasnul)


So Monotonous...

Sejak ptg smlm, aku rasa semacam jerr... Mcm bosan semacam, tetiba aku rasa life aku so monotonous lately.. Walaupun memang sentiasa dipenuhi dgn aktiviti2 (baik yg wajib ataupun sunat), aku perasann.. aku dah lama tak buat bende2 yg aku suka dan merelaxkan...

Dan aku perasan jugak, salah satu penyumbang kpd perasaan ni adalah dgn ketiadaan Ahsuez & Acikzz.. Diorang tgh bercuti di Perth skarang ni.. Aku dah lama tak jumpa diorang, even before they left.. Masing2 sibuk, x sempat... Aku rasa mcm dah byk cerita diorang yg aku tak tau.. Mcm tu jugak dgn cerita aku, mungkin byk jgk yg derang tak tau... Best nye klau dpt ikut derang, kan? I miss you, gals!! :)

Aku rasa bosann.. Dgn faktor keje & sikap boss yg tak menentu.. Dgn cita2 aku yg blm terlaksana.. Dgn ketiadaan org2 yg aku perlukan (ye lah, semua ada komitmen masing2).. Dgn pelbagai ketidakpastian.. Dgn perasaan2 yg tak best...

Skrg ni weekend aku selalu dipenuhi dgn aktiviti baru bersama kelompok manusia yg berlainan segmen nyer.. OK jugak, at least aku kenal kwn2 baru & byk tahu bende yg baru.. Cuma kdg2 ada bende yg tak kena di mata aku tentang diorang ni.. Tapi, tak pe.. tu peribadi diorang yg tak perlu aku ambik port sgt.. Yg penting, aku kena maintain sikap aku yg boleh masuk ngan saper2 jerr.. But, bila terlibat dgn aktiviti mcm ni, kdg2 tu aku terpaksa mengorbankan sesuatu tanpa aku sedari..quality time wth family & masa utk diri sendiri..

At times aku terfikir:"aku ni mcm tak de kawan plakk".. Aku selalu rasa mcm ni bila balik kerja.. Sedih plak rasa kdg2 tu..

Aku nak plan sesuatu utk meng"happy"kan diri...

Monday, May 15, 2006

Kebetulan yg menyelamatkann...

Pagi ni... dgn tidak disengajakan aku telah membuat kesilapan bodoh yg kalau diikutkan memang menyusahkan org lain. Kalau aku jadi boss kepada aku, sure aku dah marah aku.. Dan kalau aku kena marah, memang aku akan terima.. sebab aku tau mmg salah aku.. Walaupun aku tak pernah buat kesilapan se"hampeh" mcm ni spanjang aku jadi pekerja..

Aku bangun cukup awal walaupun aku bebetul2 tak larat nak bukak mata pagi tadi.. sebabnya aku ade meeting pukul 9.30 pagi. Meeting hari ni plak adalah continuation drpd meeting last week, so of course la pakai data/facts frm previous meeting as reference. Sbg organizer a.k.a secretariat utk commitee ni, mmg aku la yg buat and simpan semua tu.. Aku dah siapkan summary hasil perbincangan dlm meeting lepas, utk di evaluate oleh boss2 dlm meeting hari ni. Cuma aku tak sempat nak touch up lawa2 utk present hari ni. Abis je meeting last week, aku terus tak bukak langsung file tu. Aku save in my thumbdrive..

Sampai ofis dlm 8.30.. Agak awal sbb teringat pesanan En Mad (manager ku) suruh enhance sket apa yg aku dah buat dlm summary tu before di present dlm meeting pagi ni. So, aku bajet nak buat pagi ni la.. And dia pun kata nak dtg awal buat dgn aku.. Tapi sebaik saja aku sampai ofis, dpt call from him mengatakan dia lambat and dia telah memberi arahan2 pada aku thru fon on what i supposed to edit in the file.

Dgn "cool" nye, aku pun bukak drawer where I kept my thumbdrive. Puas aku raba2 drawer aku, tp tak de.. Aikk, heran!! Aku bukak sume drawer & handbag, mmg x de!! Takkan la org nak ambik!! That time dah kul 9, lg stgh jam meeting nak mula. Aku search kat PC tapi sia2 coz seingat aku, aku mmg langsung tak buat copy kat mana2.. Aku tergerak hati nak call rumah tanya mak, kalau2 ada kat rumah.. Sah, mmg ada kat rumah.. Aku bwk balik weekend hari tu and yg malangnya aku simpan dlm beg lain yg aku tak bwk hari ni.. Oh, tidak!!! aku dah buat kesalahan bodoh yg tak kan dimaafkan oleh boss aku!! Cuak jugak.. dlm masa yg suntuk mcm tu.. Aku dah terbayang sound Pn Sherene (my AGM) yg mmg takkan boleh terima silly mistakes mcm ni.. Habislah reputasi aku!! ...

Aku segera dial handfone En Mad, ceritakan hal yg berlaku sambil meminta maaf.. Aku siap terfikir nak postpone meeting ke petang and biarlah aku balik rumah semula utk ambik bende tu.. Mau 2 jam jgk perjalanan pergi balik aku.. Tapi boss lelaki lebih cool kutt.. Dia suruh aku try gak carik dlm notebook yg aku guna last week, manalah tau ada dlm Temporary folder.. Puas aku usha, mmg tak de.. Dan akhirnya dah pukul 9.20 am aku menggunakan kuasa veto sendiri (lps bgtau En Mad) call sume attendees bgtau meeting terpaksa di postponed ats sebab yg x dpt dielakkan.. Aku tak de pilihan.. Tak ke menyusahkan orang namanya tu!! :( Aku rasa kesal betul!!

Dlm byk2 nama tu, ada satu nama yg aku tak dpt contact - Pn Sherene. Asyik masuk voice msg jer.. So, aku igt nak sms je dia crita hal sebenar walaupun aku mmg cuak jgk la nak berdepan ngan dia.. Tiba2 aku nampak Pn Sherene baru sampai di ofis.. Aku tak jadi sambung type sms, terus aku pergi kat dia:
Aku : Puan, saya mintak maaf..
Pn Sherene: Kenapa?
Aku : Meeting pagi ni tak jadi, puann.. mm..
Pn Sherene:I dah agak dah..(tak sempat habis ayat aku, dia dah sambung)
Aku : Aikk, puan dah tau? Mcm mana puan tau?
Pn Sherene: I tau.. sure tak jadi punyer.. Ramai yg tak available kan?
Aku :(???? - adakah ini satu penyelamat drpd aku kena marah?? Alhamdulillah..)**
** kebetulan mmg betul ramai yg tak bleh attend. Tapi tanpa pengetahuan Pn Sherene, diorang dah bagitau aku saper wakil2 yg akan attend on behalf of them. Sebenarnya wakil2 ni sume memang dah ready pun hari ni..
Aku : Betul puan, memang ramai yg tak boleh attend tapi they send reps..
Pn Sherene: Tak pe ke hantar reps utk bende mcm ni?
Aku : Sbenarnya mcm tak proper kalau hantar reps (ayat nak menyelamatkan diri). So nak postpone bila ni, puan? Ptg ni? (kalau ptg ni, nampaknya aku mmg kena balik umah jugak la ambik thumbdrive tu)
Pn Sherene: Ptg ni tak boleh, i ada meting lainn.. U check bila semua available.. (Alhamdulillah, tak yah la aku balik umah..)
Aku: OK. (Rasa tak best plak klau tak berterus terang hal sebenar..) Puan, sebenarnya saya.. (belum sempat aku habiskan ayat, fon Pn Sherene berbunyi.. and dia terus jawab & concentrate ke situ. So, aku pun blah je lah..)

*** Mungkin hari ni mmg Allah nak selamatkan aku drpd kena marah dgn Pn Sherene. Sampai sekarang dia tak tau kenapa aku postpone kan meeting. And finally meeting tu dah di schedule kan semula on this Wednesday.. Tadi sblm balik En Muhammad sempat pesan kat aku : "Nik jgn lupa esok bwk thumbdrive ye!!"
OK, aku patut bersyukur utk hari ini... :)