Monday, July 31, 2006

Aral yg banyak

** Petikan sebahagian drpd email aku kpd kengkawan2. Kejadian berlaku Khamis 27/7/06. Cuba tengok kul bape aku sent email tu:

From: "Aku"
Sent: 28 July 2006 01:45
To: "Ahsuez"; "Hyunck";"Wani"
Subject: Macam2.. - Saje nak cerita2..
Importance: Low

Kengkawan,

Saja nak share ngn korang.. Ari ni aku rasa mcm sungguh workaholic (betul ke aku eja nih?) sekali... X penah plak aku gini...

Dah la ari ni sehari aku kena gi workshop, tetiba dah petang giler nak balik dpt assignment urgent from org Product. (x tau la salah org product ke salah boss aku yg bagi lambat).. Derang nak launch produk baru, suh kitorang decide harga yg patut.. Pastu nak esok bagi.. ingat senang nak buta2 decide gitu jerr.. Tadi aku kuar ofis dekat kul 11.. Sampai umah dh kul 12...

Ni siap sambung buat kat umah plak (sbb dah muak tgk benda tu, aku email la korang jap ni).. Ngantuk sungguh... Aku rasa nak dtg ofis lambat la esok.. So aku kena siapkan jugak and email bos aku mlm ni jugak.. Biar dia tau sket aku terpaksa stay up wat keje last minute nih.. And andainya ditakdirkan aku dtg lambat or x dtg terus (hahah) at least aku dah hantar kat dia..
Gila aaa kalau selalu gini.. Padanlah nama unit baru aku ni "Dynamic Pricing"... :( Dynamic sangat la tu, konon..

Cerita lagi satu yg mungkin akn meng"affect" penyertaan aku dlm futsal esok, huhu..
(yang ni aku x leh cerita kerana terdapat unsur2 sensitiviti di sini..)

OK la, korang... aku nak sambung keje.. Ngantuk giller nih..
Korang misti baca email ni pagi2 esok kan?? "Happy Working.."

Bye,

** aku yg x sure lagi kewujudannya di ofis esok**


Manusia hanya merancang, Allah jua yg menentukan..

Sunday, July 09, 2006

Tak Berniat..

** Ni cerita hari Khamis 6/7/06

I had my lunch with a very best girl friend of mine. Makan kat Food Court ofis jer. Tapi aku tak makan pun, just teman dia. Lama giller tak jumpa dia sbb masing2 bz walaupun keje dlm company yg sama.. My "makan" mate yg lagi sorang tak de, outstation ke Kuching..

Seperti biasa, aku akn tanya dia segala updates about herself spanjang kitorang tak berjumpa. Ini termasuklah hal personal, keje etc.. Tapi aku lebih berminat dgn hal personal sbenarnya. Dan dia pun berceritalah semuanya pada aku..Seronok aku dengar dan pada masa yg sama, aku mula sedar setiap org dijadikan dgn masalahnya yg tersendiri.. Nak2 yg melibatkan hati & perasaan..

Dlm hati aku bersyukur jugak sebab aku selalu jadi tempat kawan2 meluahkan perasaan & cerita.. Ini bermakna diorang percaya kat aku.. And don't worry, aku akn jaga kepercayaan korang tu.. :)

Setelah habis dia bercerita and setelah habis komen aku bagi.. Akhirnya tibalah giliran dia pulak utk tanya cerita aku.. Seperti biasa aku akan kata: "Aku tak de cerita lah nak cerita".. And setiap kali aku cakap mcm tu, aku akn nampak wajah kecewa & kesal drpd sahabat aku yg sorang ni sambil berkata:" Kau tipu lah.. Aku cerita semua kat kau.. Kau tak nak cerita pun kat aku".. Dan aku akan terus terusan men"deny" yg aku ada cerita utk diberitahu..

Maafkan aku, Untuk kesekian kalinya aku berbohong lagi.. Dah setengah tahun aku mcm ni.. Aku tak berniat utk berbohong atau tak jujur pada kawan2 yg do care about me..

Bukan aku tak de cerita.. Cuma nya kadang2 kita dapat rasa yg bukan semua org dpt terima dan akn faham apa yg kita rasa dan mahukan.. Kdg2 aku pun jadi skeptical dgn tanggapan org lain pada apa yg sdg aku hadapi ni.. Dan mungkin jugak aku sendiri jadi tak pandai utk menyampaikan ceritanya biar sama sebijik dgn apa yg aku rasa dan fikir.. Aku belum ada kekuatan itu..

Tapi aku tau, aku perlu buat sesuatu.. Bila tiba masanya dan bila aku dah ada kekuatan nanti, aku akn bagitau jugak..
Kepada semua, aku tak pernah berniat utk menipu atau sengaja berahsia.. Terima kasih kepada mereka2 yg mengambil berat hal aku.. I love u all..

p/s: Rasa mcm Siti Nurhaliza la plak, "Biarlah Rahsia.." hahha :P